Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Brahms Menjadi Boneka Halimunan Dalam Penamat Alternatif ‘Brahms: The Boy II’ [Eksklusif]

Dilancarkan ke pawagam pada bulan Februari yang lalu, filem seram Brahms: The Boy II arahan William Brent akan menghantui penonton dirumah selepas Universal Pictures Home Entertainment melancarkan Blu-ray filem tersebut esok.

Antara kandungan menarik ditawarkan kepada penonton termasuklah babak yang dipotong, babak alternatif dan penamat alternatif. Disini kami kongsikan babak penamat alternatif yang menarik untuk ditonton.


Dalam klip tersebut, Sean (Owain Yeoman) telah menyerang hendap Brahms dengan menggunakan senjata tumpul, sekaligus menghancurkan kepala patung tersebut. Turut berada dalam babak alternatif itu adalah Katie Holmes (Liza), Ralph Ineson (Joseph) dan Christopher Convery (Jude).

Babak tersebut tidak jauh beza dengan penamat yang kita saksikan dipawagam, tetapi apa yang menarik ia memberi kita gambaran berbeza mengenai apa yang ada di sebalik anak patung porselin yang dikenali sebagai Brahms. Versi pawagam, kita melihat makhluk seakan syaitan yang hidup di dalam boneka tersebut. Ya, sekuel memutuskan bahawa Brahms adalah boneka jahat. Tetapi dalam penamat alternatif ini, Brahms pada dasarnya adalah Boneka Halimunan di bahagian dalamnya.

Brahms: The Boy II mengisahkan tentang, sebuah keluarga telah berpindah ke Mansion Heelshire yang terletak dipedalaman tanpa menyedari sejarah menakutkan di rumah tersebut. Sesuatu berlaku pada keluarga itu selepas anak kecil mereka berkawan dengan sebuah patung hidup yang mahu dikenali sebagai Brahms.

Related posts

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

WB Lancar Babak Pembuka “The Batman”, Kini Tersedia Di HBO

Kakimuvee

Chris Pratt Bergabung Dengan Jeff Goldblum Dalam TV Spot Penuh Aksi Jurassic World: Dominion

Kakimuvee

Video Teaser “Moon Knight” Goda Pertarungan Menentang Arthur Harrow

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster & TV Spot Terbaru “Doctor Strange 2”

Kakimuvee

Video Featurette “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Selami Kisah Silam Albus Dumbledore

Kakimuvee

Leave a Comment