Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Brad Pitt Sertai Leonardo DiCaprio Bintangi Filem Terbaru Quentin Tarantino

Aktor terkenal, Brad Pitt disahkan menyertai Leonardo DiCaprio membintangi filem terbaru Quentin Tarantino yang berjudul Once Upon a Time in Hollywood. Menurut laman web Comingsoon.net, filem yang berlatarbelakangkan kejadian pembunuhan terkenal oleh pengikut Charles Manson itu bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2019.

Filem berlatarbelakangkan tahun 1969 itu mengisahkan tentang seorang bintang televisyen yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan dunia perfileman. Pembantunya, yang juga merupakan pelakon lagak ngeri beliau juga ingin menceburi perniagaan yang sama. Kisah pembunuhan Sharon Tate dan rakanya oleh pengikut Charles Manson menjadi latarbelakang jalan cerita filem ini.

Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio pernah berkerjasama dengan pengarah Quentin Tarantino menerusi filem Inglorious Bastard (Brad Pitt) dan Django Unchained (Leonardo DiCaprio).

Tarikh tayangan yang dipilih oleh Sony itu adalah ulangtahun kematian Sharon Tate yang mana kejadian pembunuhnya itu berlaku pada 2 Ogos 1969

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee