Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Brad Pitt Menentang Pembunuh Upahan Dalam Trailer “Bullet Train”


Sony Pictures akhinrya telah melancarkan trailer rasmi Bullet Train untuk filem aksi-thriller terbaru David Leitch yang akan datang, menampilkan barisan pelakon bintang yang diketuai oleh Brat Pitt. 

Filem terbaru ini dijadualkan tiba di pawagam pada 15 Julai 2022.

Trailer tersebut, yang anda boleh lihat di bawah bersama poster terbaru, memberikan kita pandangan pertama tentang watak pembunuh upahan Brad Pitt semasa dia dengan penuh teruja melaksanakan tugasan pertamanya selepas berehat dalam tempoh masa yang lama. Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit perak misteri. Walau bagaimanapun, dia mendapati bahawa dia bukan satu-satunya yang mencari beg itu, dan bakal melawan beberapa pembunuh berkemahiran tinggi.

Tonton Bullet Train dibawah:

“Acara filem asli, filem ini adalah aksi-thriller yang menyeronokkan,” menurut sinopsis. “Brad Pitt menghimpunkan barisan pelakon pembunuh upahan yang eklektik dan pelbagai – semuanya dengan objektif yang berkaitan namun bercanggah – berlatarbelakangkan perjalanan tanpa henti melalui Jepun zaman moden.”


Bullet Train diarahkan oleh David Leitch (Deadpool 2) dari skrip yang ditulis oleh Zak Olkewicz (Fear Street), berdasarkan novel Jepun karya Isaka Kotaro bertajuk Maria Beetle.

Brad Pitt mengetuai barisan pelakon disamping Aaron Taylor-Johnson, Andrew Koji, Joey King, Brian Tyree Henry, Michael Shannon, Hiroyuki Sanada, Bad Bunny, Masi Oka, Zazie Beetz, Logan Lerman, Karen Fukuhara, dan Sandra Bullock.

Bullet Train diterbitkan oleh Leitch dan Kelly McCormick melalui syarikat mereka 87North, bersama-sama dengan Antoine Fuqua dan Kat Samick. Penerbit eksekutif ialah Ryosuke Saegusa dan Yuma dari Kotaro, dengan eksekutif Brittany Morrissey menyelia projek ini untuk Sony Pictures.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee