
John Wick: Chapter 4 memulakan langkah kanan di box office domestik AS dan antarabangsa!.
Menurut Deadline, sekuel filem aksi itu berjaya mengaut AS$73.5 juta di pasaran domestik AS manakala AS$64 juta di pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan pada minggu pembukaan adalah sebanyak AS$137.5 juta.
Sementara itu, Shazam! Fury of the Gods tidak begitu memberangsangkan pada minggu kedua dengan penyusutan kutipan sebanyak 68% berbanding minggu pembukaan. Filem sekuel DC itu hanya mengutip AS$9.7 juta pada minggu kedua, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan (di pasaran domestik AS) sebanyak AS$46.3 juta.
Di pasaran antarabangsa, Shazam! 2 telah mengumpul AS$56.1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan untuk minggu kedua tayangan sebanyak AS$102.4 juta.
Lain-lain filem, Scream VI menambah kutipan AS$8.4 juta pada minggu lalu, menjadikan jumlah terkumpul di pasaran domestik AS sebanyak AS$89.9 juta, dan akhir sekali, Creed III mengaut AS$8.36 juta lagi untuk menjadikan jumlah terkumpul di pasaran domestik AS sebanyak AS$140.88 juta.