Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Bossam: Steal The Fate” Pecah Rekod MBN, “Voice 4” Capai Rating Tertinggi

Bossam: Steal the Fate sekali berjaya mencipta sejarah MBN.

Pada 26 Jun, Bossam: Steal the Fate berjaya mencapai penilaian tertinggi setakat ini, sekaligus memecahkan rekodnya sendiri untuk rating drama tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah MBN. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 9.0 peratus, menjadikan rancangan yang ramai penonton di semua saluran kabel pada siaran hari Sabtu. 

Drama terbaru tvN, Voice 4 turut mencapai rating tertinggi setakat ini, dengan merekodkan purata rating sebanyak 3.9 peratus untuk episod keempat. Turut mencipta rekod peribadi adalah drama TV Chosun, Love (ft. Marriage and Divorce), yang merekdokan purata rating sebanyak 6.4 peratus – rating tertinggi untuk musim kedua. 

Sementara itu, drama tvN Mine – yang hanya tinggal satu episod sahaja lagi – menuju ke siri finale dengan berada di kedudukan teratas dalam slot waktunya. Episod terbaru Mine memperoleh purata rating sebanyak 8.7 peratus, sekaligus menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuk rangkaian siaran awam.

Drama terbaru JTBC, Nevertheless menyaksikan sedikit penurunan jumlah penonton pada episod kedua dengan merekodkan purata rating sebanyak 1.3 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV, Revolutionary Sisters meneruskan penguasaannya sebagai program yang paling banyak ditonton pada hari Sabtu, dengan memperoleh purata rating sebanyak 24.2 peratus dan 29.5 peratus untuk dua bahagiannya.

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment