Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Drama TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce) telah memulakan musim keduanya.

Pada 12 Jun, Love (ft. Marriage and Divorce) 2 telah memulakan episod pertamanya dengan merekodkan purata rating sebanyak 4.9 peratus, penurunan berbandingan finale musim pertama yang ia telah mencatatkan purata rating 8.8 peratus. Selain itu juga, rating kali ini sangat rendah berbanding episod perdana pada musim pertama yang mencatatkan purata rating sebanyak 7.7 peratus. 

Penurunan rating disebabkan persaingan dengan drama tvN Mine dan drama MBN, Bossam: Steal the Fate.

Walaupun disaing dengan drama terbaru, Bossam: Steal the Fate masih mampu mencipta rekod peribadinya, dan juga rekod untuk rangkaian MBN. Episod terbaru drama sejarah lakonan Jung Il Woo dan Yuri itu telah mencatatkan purata rating sebanyak 8.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 10.0 peratus. 

Angka itu bukan sahaja menandakan penilaian tertinggi untuk siri ini, tetapi juga mencipta rekod baru untuk rating penonton tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama drama sejarah MBN. 

Sementara itu, drama JTBC Undercover telah menamatkan siarannya dengan penilaian penonton tertinggi yang pernah dicapai drama itu. Episod finale Undercover merekodkan purata rating sebanyak 5.2 peratus, sekali mencipta rekod peribadi untuk drama tersebut. 

Episod terbaru drama tvN Mine telah merekodkan purata rating sebanyak 8.3 peratus, dan akhir sekali drama KBS 2TV Revolutionary Sisters kekal menjadi program yang paling ramai penonton di semua saluran pada hari Sabtu dengan merekodkan purata rating sebanyak 23. 2 peratus dan 28.9 peratus untuk dua bahagiannya. 

Sumber: Soompi

Related posts

Filem Lakonan Yeo Jin Goo & Jo Yi Hyun “Similar” Akan Ditayangkan Pada November Ini

Kakimuvee

“Little Women” & “The Empire” Catat Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

Cheer Up, Bad Prosecutor, Glitch Antara K-Drama Menarik Oktober 2022

Natasha

Rating “One Dollar Lawyer” Cecah Dua Digit Selepas 1 Minggu Tayangan

Zulaikha

“Work Later, Drink Now” Kembali Dengan Musim 2, Lihat Poster Menarik Disini

Zulaikha

Lebih Banyak Program Terhangat Korea Di Astro Pada Oktober Ini

Zulaikha

Leave a Comment