Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Sebaik sahaja Spider-Man: No Way Home berakhir, masa depan ‘wall-crawler’ dalam MCU menjadi tanda-tanya.

Tom Holland, yang melakonkan watak Peter Parker, sering kali bercakap tentang kemungkinan mengucapkan selamat tinggal kepada watak popular itu. Sudah tentu, ramai peminat menjangkakan kata-kata Holland itu adalah salah satu taktik bagi mendapatkan penjanjian baharu untuk trilogi seterusnya. 


Dikala masa depan francais Spider-Man dalam MCU agak diragui, peminat masih menaruh harapan untuk melihat Sony Pictures terus berkerjasama dengan Marvel Studios. 

Bercakap kepada Deadline (via Comicbookmovie) baru-baru ini, Pengurusi Sony Pictures Tom Rothman telah ditanya tentang masa depan Spider-Man, dan dia mengesahkan bahawa “Mereka berharap dapat menghasilkan filem Spider-Man seterusnya.” 

Ditanya secara spesifik tentang sama ada pengarah Jon Watts dan bintang Tom Holland dan Zendaya akan kembali untuk ansuran keempat, eksekutif itu nampaknya sangat optimis bahawa mereka akan kembali. 

“Seluruh kumpulan itu, kami harap. Kemudian ada filem yang saya akan masukkan dalam dunia Spider-Man,” tambah Rothman.

“Antaranya Kraven, yang kami sedang kerjakan sekarang, dan Madam Web, yang akan kami mulakan pada musim bunga dengan S.J. Clarkson sebagai pengarah. Dan kemudian terdapat banyak watak Marvel yang boleh berdiri sendiri.”

Buat masa ini tidak dipastikan bilakah peminat akan dapat melihat Spider-Man 4. Dengan Jon Watts, yang kini beralih dari superhero ke perang galaksi menerusi siri Star Wars Disney+ yang dia akan hasilkan, berkemungkinan besar, ia akan mengambil masa yang sedikit lama sebelum kita dapat melihat penggembaraan Peter Parker seterusnya. 

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment