BeritaSlot Asia

Bong Joon Ho Sedang Bangunkan Filem Aksi / Seram Sebagai Satu Projek Seterusnya!

Views

Pembikin filem dari Korea Selatan, Bong Joon Ho kini menjadi salah seorang pengarah terhangat pada masa kini, selepas filem arahannya Parasite berjaya membawa pulang empat Anugerah Academy. Filem Parasite kini menjadi satu-satunya filem asing yang berjaya membawa pulang Filem Terbaik Oscar, dan turut mengondol trofi untuk kategori Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Asal Terbaik.

Selepas kejayaannya ini, mata para peminat dan pengkritik pasti tertumpu apa projek beliau seterusnya? menurut beberapa laporan media antarabangsa, Bong Joon Ho kini sedang menumpukan perhatian pada dua projek filem seterusnya, dalam salah satu dari pada filem tersebut adalah filen aksi seram!.

Ketika ditemuramah oleh wartawan Variety (via BloodyDisgusting) pada tahun lalu, pengarah tersebut mendedahkan, dia akan menghasilkan satu filem berbahasa Korea dan satu filem berbahasa Inggeris. Bagaimanapun, kedua-dua filem tersebut bukanlah bersaiz ‘besar’.

One is a Korean-language one, and the other one is an English-language one. Both projects are not big films. They’re the size of Parasite or Mother.”

BACA:  Transformasi Yoon Ye Joo Menjadi Introvert Dalam Drama Romcom Terbaru “Meow The Secret Boy”

Seperti yang dilaporkan Indiewire  pada hari ini, Bong Joon Ho memberitahu kepada wartawan bahawa kedua-dua filemnya itu masih lagi dalam perancangan, dan tidak akan terpengaruh oleh kemenangan Oscarnya.

I have to work. It’s my job. So I’ve been working for the past 20 years, and regardless what happened at Cannes and Oscars, I had been working on two projects before then, I’m continuing to work on them, nothing has changed because of these awards,” “One is in Korean and one is in English.”

Kebanyakkan filem Bong Joon Ho mempunyai unsur-unsur seram di dalamnya, tetapi yang paling hampir dengan genre seram adalah filem The Host, yang dianggap antara filem raksasa paling menarik pernah dihasilkan.

Apapun kita nantikan perkembangan terbaru filem-filem yang bakal dihasilkan pengarah hebat itu. Sementara menunggu perkembangan filem terbarunya, jangan dilupa Bong Joon Ho kini terlibat dalam dua siri televisyen iaitu Snowpiercer untuk TNT dan Parasite untuk HBO. Kedua-dua siri tersebut menyaksikan Bong Joon Ho menjadi penerbit eksekutif.

Tinggalkan Balasan

shares