Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Bong Joon-Ho Kongsikan Butiran Lanjut Minisiri PARASITE

Selepas mencatatkan satu lagi kejayaan di SAG Awards dengan memenangi anugarah dalam kategori Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture, pengarah Bong Joon-Ho telah kongsikan butiran terbaru minisiri Parasite yang bakal disiarkan di HBO.

Ketika ditemubual portal Variety, Bong mendedahkan bahawa minisiri Parasite akan memaparkan banyak cerita mengenai setiap watak dari filem asal, dan seolah-olah mengesahkan kemungkinan terdapat penglibatan pelakon asal dalam siri akan datang. Anda boleh saksikan video temubual dibawah (minit ke 1:11).

Selain itu juga, dia turut menggambarkan siri yang dihasilkan bersama Adam McKay itu akan adalah “filem-panjang-berdurasi-6 jam”, dimana ia akan mengembangkan lagi idea yang dia tidak boleh masukkan dalam filem yang berdurasi 2 jam.

“So I had all these key ideas accumulated from when I started writing the script,”

“I just couldn’t include all those ideas in the two-hour running time of the film, so they’re all stored in my iPad and my goal with this limited series is to create a six-hour-long film.”

Parasite adalah kisah aneh tentang dua keluarga yang berada di dunia yang terpisah namun kelihatan agak sama, menggambarkan realiti yang menakjubkan di dunia yang kita hadapi. Bintang-bintang filem ini terdiri daripada Lee Sun-Kyun (A Hard Day), Cho Yeo-Jeong (Obsessed), Choi Woo -Shik (Okja), Park So-Dam (The Priest), dan Chang Hyae-Jin (Puisi).

Bong dan McKay akan menerbitkan siri terhad ini untuk HBO bersama-sama Kate Street Pictures Company, CJ Entertainment, Francis Chung dan Kevin Messick.

Related posts

NEW HBO ASIA ORIGINAL SERIES TRINITY OF SHADOWS PREMIERES 13 JUNE

Isqandar

Musim Ke-2 “Never Have I Ever” Akan Kembali Pada 15 Julai 2021

Kakimuvee

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating