BoboiBoy The Movie 2 Cipta Rekod Filem Tempatan, Catat Kutipan Melebihi RM1 Juta Pada Hari Pembukaan

3192
views

Filem animasi terbaru tempatan, BoboiBoy The Movie 2 telah mencatatkan rekod kutipan filem animasi tertinggi pada hari pembukaan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.18 juta.

Menurut pautan yang dikongsikan laman Instagram rasmi Astro Shaw Sdn. Bhd., kutipan tersebut bersamaan sejumlah 88,824 penonton yang datang menyaksikan filem animasi tersebut pada hari pertama tayangannya. Buat masa ini, tiada data tepat untuk membandingkan rekod kutipan filem animasi terdahulu. Bagaimanapun, perbandingan akan dapat dibuat selepas tempoh 4 hari tayangan

Filem kali ini menyaksikan BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu bersatu menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka, yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Mereka perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Boboiboy Movie 2 menampilkan watak-watak dari siri televisyen seperti BoBoiBoy, Yaya, Gopal, Ying, Fang, Adu Du, Probe, Tok Aba, Papa Zola, Cattus dan Ochobot. Filem telahpun ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, dan anda boleh membaca ulasan kami mengenai filem BoboiBoi Movie 2 disini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here