Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Boboiboy Movie 2 Semakin Hampir Mengejar Kedudukan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Filem animasi terbitan Monsta dan Astro Shaw, Boboiboy Movie 2 memerlukan sekurang-kurangnya RM4.3 juta lagi untuk mencantas kedudukan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal sekaligus menjadi filem tempatan paling laris tahun 2019.

Baru sebelas hari ditayangkan dipawagam, filem kedua Boboiboy Movie itu telah berjaya meraih RM21 juta. Jika prestasi baik diteruskan pada minggu ini, berkemungkinan filem Boboiboy Movie 2 dapat menduduki carta pertama box office tempatan.

https://www.instagram.com/p/B1Vwo00Hh6A/?utm_source=ig_web_copy_link

Filem kali ini menyaksikan BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu bersatu menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka, yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Mereka perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Boboiboy Movie 2 menampilkan watak-watak dari siri televisyen seperti BoBoiBoy, Yaya, Gopal, Ying, Fang, Adu Du, Probe, Tok Aba, Papa Zola, Cattus dan Ochobot. Filem telahpun ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, dan anda boleh membaca ulasan kami mengenai filem BoboiBoi Movie 2 disini.

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Leave a Comment