Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

BoBoiBoy Movie 2 Finalis Di New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA).

Filem animasi tempatan, BoBoiBoy Movie 2 berjaya muncul sebagai finalis bagi kategori Animasi 3D Terbaik di New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA).

Biarpun tidak menggondol sebarang trofi pada acara berprestij anjuran Cinematography Awards Foundation yang berpangkalan di New York itu, namun Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn Bhd, Nizam Razak menganggap ia satu pencapaian besar buat produk keluaran syarikatnya.

“Bagi kami, bergelar finalis bagi kategori Filem Animasi 3D Terbaik sudah cukup membanggakan. Kemenangan adalah bonus, tetapi apa yang lebih penting, dapat menembusi senarai akhir anugerah berprestij dan bertaraf antarabangsa.

“Produk keluaran kami mungkin sudah dikenali di negara serantau, tetapi menjadi cita-cita melihat nama Animosta dikenali secara global. Demi merealisasikan impian, kami menyertai pelbagai festival dianjurkan di luar negara sebagai permulaan.

“Dengan menyertai pelbagai festival di peringkat antarabangsa, sedikit sebanyak peserta dan penganjur mengenali serta mengetahui kewujudan produk syarikat kami. Ia seperti pemasaran untuk Animosta,” kata Nizam kepada BH Online.

 

View this post on Instagram

 

Tahniah Monsta dan BoBoiBoy Movie 2 kerana tercalon ke finalis Best Animation 3D Film di New York Animation Film Awards. #kakimuvee

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Terdahulu, BoBoiBoy 2 pernah melakar kejayaan apabila memenangi Poster Terbaik dan Trailer Terbaik di Festival Filem Laurus yang berlangsung di Rusia, baru-baru ini. S

elain itu, filem yang berjaya mengutip RM27.7 juta selepas 26 hari ditayangkan pada Ogos tahun lalu turut muncul finalis bagi kategori Filem Animasi Terbaik, Festival Filem Florence, Itali. Ia dihadiri penggiat filem dari pelbagai pelusuk dunia bagi memilih karya filem dan animasi yang terbaik.

Kemenangan yang diraih di Festival Filem Laurus sedikit sebanyak memberi mereka ‘cop mohor’ produk keluaran Animonsta sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung ia memberi keyakinan kepada pembeli di luar negara produk dihasilkan berkualiti.

Nizam berkata, kecanggihan teknologi pada masa kini memudahkan mereka menghantar penyertaan ke luar negara kerana ia dilakukan secara digital tanpa memerlukan ke sana, tambah lagi ketika pandemik COVID-19.

“Keinginan membawa produk Animonsta ke festival yang lebih besar seperti Anugerah Akademi atau Oscar ada, tetapi memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan terutamanya dari sudut pemasaran dan promosi kerana ia membabitkan kos tinggi.

“Kami kekurangan pada bahagian promosi dan pemasaran. Bukan mudah menembusi Oscar tanpa bajet besar kerana untuk muncul di majalah dan laman web terkemuka di luar negara pun memerlukan kos.

“Jadi, kami mulakan secara perlahan-lahan dengan menyertai festival lain yang mana penyertaan boleh dihantar secara atas talian. Kosnya tidak mahal, jadi kami mengambil peluang untuk perlahan-lahan membina nama di peringkat antarabanga,” katanya.

Katanya, pihaknya akan menerbitkan animasi dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris bagi memperkenalkan produk Animonsta di peringkat global.

“Sebelum ini, kami hanya mengalih bahasa sahaja, tetapi kali ini akan dihasilkan dua versi. Ini menunjukkan keseriusan kami dalam memasarkan produk ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sumber: BH Online

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

Leave a Comment