Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

BOBOIBOY MOVIE 2 Bakal Ditayangkan Di Netflix

Boboiboy Movie 2 mengorak selangkah lagi dalam industri animasi antarabangsa apabila bakal ditayangkan menerusi portal penstriman video terkenal Netflix tidak lama lagi.

Pekara itu didedahkan menerusi akaun-akaun media sosial rasmi Monsta, BoBoiBoy serta Facebook milik Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios Nizam Razak, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak Animonsta masih belum mendedahkan tarikh sebenar untuk ia dirilis di portal penstriman video tersebut.

Rata-rata para peminat mengucapkan tahniah serta memberi maklum balas positif dan meluahkan rasa teruja menantikan tayangan filem animasi kegemaran mereka.

Selain menjadi berita baik buat para peminat siri animasi dan filem BoBoiBoy, ia juga memberi peluang kepada pihak produksi mempromosikan filem animasi Malaysia yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa secara global.

Tahun lalu, BoBoiBoy Movie 2 telah melakar sejarah apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari tayangan, sekaligus menjadikan ia produksi animasi Malaysia paling laris.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Zulaikha

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Filem-Filem Rebel & Liar Yusof Haslam Di MUBI Jun Ini

Kakimuvee

Lebih Banyak Pilihan Kanak-Kanak di Musim Cuti Sekolah ini

Kakimuvee

SIARAN ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DIREHATKAN SUSULAN KEKANGAN PKP 3.0

Isqandar

ASTRO RIA TAMPIL KELAINAN LEBIH BERANI MENERUSI DRAMA ‘SCAMMER’

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating