Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Boboiboy Movie 2 Atasi Rekod Kutipan 4 Hari Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal


Filem animasi tempatan, Boboiboy Movie 2 terus meraih kutipan yang cukup memberangsangkan apabila berjaya mengutip sebanyak RM9.9 juta dalam tempoh 5 hari tayangannya.

Kutipan tersebut sekaligus mengatasi rekod kutipan sebuah lagi filem animasi tempatan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang mencatatkan kutipan sebanyak RM5.3 juta dalam tempoh 4 tayangan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan laman Instagram rasmi Astroshaw, sebanyak 763 ribu penonton telah datang menyaksikan filem animasi kedua Boboiboy ini dipawagam.

https://www.instagram.com/p/B1F0bbrnZWy/?utm_source=ig_web_copy_link

Filem kali ini menyaksikan BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu bersatu menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka, yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Mereka perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.


Boboiboy Movie 2 menampilkan watak-watak dari siri televisyen seperti BoBoiBoy, Yaya, Gopal, Ying, Fang, Adu Du, Probe, Tok Aba, Papa Zola, Cattus dan Ochobot. Filem telahpun ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, dan anda boleh membaca ulasan kami mengenai filem BoboiBoi Movie 2 disini.


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee