Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Boboiboy Movie 2 Atasi Kutipan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Catat Kutipan RM27 Juta!

Filem animasi terbaru terbitan Monsta dan Astro Shaw, Boboiboy Movie 2 berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM27.7 juta dalam tempoh 26 hari tayangannya. Menurut perkongsian laman Instagram Astro Shaw, filem animasi tersebut telah ditonton lebih 2.7 juta rakyat Malaysia sejak ia ditayangkan pada 8 Ogos yang lalu.

Kutipan memberangsangkan itu sekaligus mengatasi kutipan yang dicatatkan sebuah lagi filem animasi tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque. Menurut perkongsian dilaman Twitter studio animasi terbabit, filem terbaru Upin & Ipin itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM26.2 juta untuk pasaran Malaysia sahaja.

https://www.instagram.com/p/B178XNnHaNq/?utm_source=ig_web_copy_link

Filem kali ini menyaksikan BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu bersatu menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka, yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Mereka perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Boboiboy Movie 2 menampilkan watak-watak dari siri televisyen seperti BoBoiBoy, Yaya, Gopal, Ying, Fang, Adu Du, Probe, Tok Aba, Papa Zola, Cattus dan Ochobot. Filem telahpun ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, dan anda boleh membaca ulasan kami mengenai filem BoboiBoi Movie 2 disini.

Boboiboy Movie 2 masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment