Animonsta Studios Sdn Bhd terus membuka lembaran baru apabila anak syarikatnnya, Monsta Licensing bekerjasama dengan syarikat The Pokemon Company agi mengembangkan lagi skop urus niaga selain menghasilkan Harta Intelek (IP).
Menurut laman web Cinema Online, kerjasama diantara kedua-dua syarikat tersebut akan menyaksikan studio yang menghasilkan animasi popular “BoBoiBoy” ini menjadi pengedar buat IP antarabangsa di Malaysia.
Menerusi kerjasama tersebut, Monsta Licensing menjadi pemegang lesen untuk siri terbaru Pokemon dan bertanggungjawab masuk musim terbaru Pokemon iaitu “Pokemon Sun & Moon” untuk tayangan tempatan.
Siri terbaru itu akan kembali menyaksikan pengembaraan Ash Ketchum bersama Pikachu merentasi wilayah Alola.
Selain siri televisyen, Monsta juga akan membawa masuk filem terbaru Pokemon iaitu “I Choose You” bersempena ulang tahun ke-20 yang mana ia akan membawa penonton kembali ke Pekan Pallet di mana Ash memulakan pengembaraannya sebagai pelatih Pokemon.
Sementara itu, bersempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi Monsta juga akan menganjurkan acara ‘Meet & Greet’ di Alamanda, Putrajaya pada 26 Ogos hingga 3 September ini.
Acara tersebut akan memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dan bergambar bersama-sama maskot Pikachu selain dapat membeli barangan rasmi eksklusif Pokemon.
Sumber: Cinema Online
1 comment
Terbaikk. depa buat dubbing bm x?