Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

BoBoiBoy Bakal Menggegar Pawagam Di Turki Tahun Ini Dengan Dua Tayangan Filem Berturut-Turut


Francais animasi superhero Malaysia, BoBoiBoy, bakal menggegar pawagam di serata negara Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung dari francais tersebut di penghujung tahun ini. Monsta, studio di belakang tabir BoBoiBoy, akan bekerjasama dengan pengedar tempatan iaitu  CJ Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawakan BoBoiBoy: The Movie pada bulan September tahun ini, disusuli dengan sekuelnya iaitu BoBoiBoy Movie 2.

Namun Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio tersebut turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca-kaca televisyen di Turki. Kesemua filem dan siri animasi tersebut turut akan dialih bahasa ke dalam Bahasa Turki, supaya para penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi.

Francais animasi BoBoiBoy yang kian popular ini telah berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 buah negara seperti di Asia Tenggara, India, dan MENA (Middle East and North Africa), dan kini Turki bakal menjadi medan baharu bagi francais ini untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara yang berhampiran.

Monsta komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia yang berkualiti tinggi, dan berharap dengan ketibaan BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baharu akan dapat menikmati siri animasi tersebut yang sarat dengan aksi, komedi, dan hiburan untuk seisi keluarga.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee