Siri TV

Boba Fett Kembali! Temuera Morrison Akan Memainkan Watak Ikonik Dalam THE MANDALORIAN Musim Kedua

Views

Musim pertama The Mandalorian bukan sahaja memberikan rancangan yang menarik kepada penonton, terutamanya peminat Star Wars, malah turut menimbulkan pelbagai teori dan spekulasi.

Antaranya, sosok misteri yang menghampiri tubuh Fennec Shand yang sudah tidak bernyawa semasa dalam episod "The Gunslinger,". Ada yang mengatakan ia mungkin pemburu ikonik Star Wars, Boba Fett.

Nampaknya spekulasi peminat kini telah disahkan.

Menurut laporan THRpelakon Temuera Morrison disahkan akan membawa peranan Boba Fett dalam musim kedua The Mandalorian. Seperti yang peminat Star Wars tahu, pelakon dari New Zealand itu pernah muncul dalam filem Attack of the Clones dengan memainkan peranan sebagai Jango Fett, iaitu bapa kepada Boba Fett. Boba Fett merupakan klon kepada Jango dan satu-satunya klon yang dijaga seperti anak.

Penting untuk anda ketahui bahawa The Mandalorian ditetapkan selepas peristiwa Return of the Jedi, dan ini bermaksud Boba Fett masih lagi hidup walaupun dia pada awalnya dianggap mati selepas terjatuh dalam Sarlacc Pitt dalam filem Return of the Jedi. 

Bagaimanapun dijangkakan, watak Morrison mungkin sekadar watak sampingan dalam musim akan datang, tetapi tidak mustahil ia akan menjadi watak penting dimasa akan datang.

Kepada peminat-peminat Star Wars, adakah anda teruja melihat karakter popular Boba Fett dihidupkan kembali? berikan komen anda!

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks