Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bob Iger Sahkan Marvel Studios Memiliki Kuasa Penuh Keatas Karakter X-Men, Fantastic Four & Deadpool


Semasa mengumumkan Pendapatan Suku Tahunan Disney, CEO Disney Bob Iger telah mengesahkan bahawa kesemua harta intelek Fox Marvel yang terdiri daripada X-Men dan Fantastic Four, kini secara rasminya berada dibawah pentadbiran dan kuasa mutlak Marvel Studios.

Ini termasuklah karakter Deadpool, walaupun peminat-peminat sebelum ini mahu ia kekal dibawah bumbung studio Fox kerana tidak mahu kehilangan status sebagai filem adiwira “R-rated”

Setakat ini, Bob Iger tidak menyebut sebarang rancangan mengenai bagaimana karakter-karakter tersebut akan dimasukkan dalam MCU.

https://twitter.com/adambvary/status/1158843698253189120?s=20

Peminat mungkin boleh menantikan perkembangan lanjut mengenai perancangan Marvel Studios terhadap karakter-karakter Fox Marvel semasa sesi panel D23 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Jadi kepada peminat-peminat Marvel, adakah anda tidak sabar melihat Marvel Studios menghidupkan kembali karakter-karakter Fantastic Four dan X-Men? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee