Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Blok 404 Bukan ‘Remake” Siri Asal

Sebuah telefilem seram yang pernah popular pada tahun 2003, Blok 404 kini diangkat menjadi sebuah filem dan akan diberikan sentuah baru dan berbeza dengan telefilem asal.

Itu yang dikhabarkan oleh penerbit filem seram, Boy Iman kepada Berita Hairan.

“Ia sebuah cerita baharu dan bukan kesinambungan kepada kisah lama. Beberapa watak baharu juga diwujudkan selain mengekalkan watak lama.

“Kami juga berdepan sedikit masalah pada awalnya apabila Nabila yang memegang watak Su terikat dengan penggambaran drama lain,” – Boy Iman

Filem yang akan diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof ini kini sedang dalam proses pengambaran dan mengekalkan beberapa pelakon asal disamping akan membawa beberapa pelakon baru.

Antara pelakon asal telefilem Blok 404 yang masih dikekalkan adalah Zamarul Hisham, Raja Azrey, Nabila Huda dan penerbit filem itu sendiri, Boy Iman disamping bakal menampilkan beberapa muka baru seperti Risteena Munim dan Amar Ashraf.

Barisan Pelakon Filem Blok 404

Tambah pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia dan pengarah Azma Aizal Yusoof telah mewujudkan watak Misha lakonan Risteena bagi memberikan elemen berbeza kepada naskhah tersebut.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perancangan awalnya Boy Iman pada asalnya mahu menampilkan Ozlyn Waty, Janna Nick, Nora Danish dan Ayda Jebat dalam filem tersebut tetapi terpaksa melupakan hasratnya selepas kesemua mereka terikat dengan komitmen kerja lain.

Sementara itu, filem yang mula menjalani penggambaran sejak 8 Jun lalu di Hulu Langat, Selangor dijangka akan selesai pada 21 Jun ini.

Related posts

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Leave a Comment