Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Blade Runner 2049 Bakal ‘Flop’ Di China

Walaupun mendapat review positif di laman web Rottentomatoes serta IMDb, dan juga dikatakan calon dalam Anugerah Oscar akan datang, filem neo-sciene fiction Blade Runner 2049 yang juga sekuel kepada Blade Runner yang diterbitkan pada 1982 kini diambang tersenarai dalam filem-filem yang gagal untuk mendapat kutipan tiket yang memberangsangkan.

Dengan bermodalkan $185 juta (tidak termasuk kos pemasaran), filem Blade Runner 2049 sehingga kini hanya mampu mengutip sebanyak $223 juta dolar diseluruh dunia. Sehingga kini, kutipan domestik filem berkenaan adalah sebanyak $81 juta sahaja. Walaupun pada minggu pembukaan berjaya mengaut $32 Juta dolar, kutipan filem Blade Runner di pasaran domestik menurun secara mendadak pada minggu seterusnya.

Kini filem berkenaan terpaksa bergantung harapan pada pasaran China agar kutipan di pasaran antarabangsa akan naik mendadak seperti mana yang berlaku pada filem lakonan Tom Cruise The Mummy yang gagal di negara sendiri tetapi mendapat kutipan luar biasa di pasaran China.

Tetapi menurut laporan Forbes, Blade Runner 2049 dikatakan tidak mampu menyerlah di pasaran China, malah akan tewas pada filem Geostorm dari segi kutipan tiket. Antara faktor yang akan menganggu prestasi kutipan tiket filem Blade Runner 2049 adalah penerimaan penonton di China yang mungkin tidak dapat menerima konsep filem sains fiksyen yang dibawa oleh pengarah Denis Villeneuve.

Blade Runner 2049 bukanlah sebuah filem yang mampu diterima oleh penonton-penonton mainstream masa kini terutamanya di penonton di China. Mereka lebih gemarkan sebuah filem yang mampu memberi hiburan dan kepuasan kepada mereka apabila menontonnya. Ini telah terbukti dengan tayangan beberapa filem besar seperti The Fate of the Furious, Transformers 5, The Mummy dan beberapa filem lain. Walaupun terdapat filem yang tidak mendapat review yang baik dari pengkritik mahupun penonton filem, filem-filem yang mampu memberi kepuasan kepada penonton di China pasti akan meletup dan memberi pulangan besar kepada studio.

Apapun, jika tayangan Blade Runner 2049 di China masih tidak mampu memberi keuntungan besar, mungkin mereka terpaksa bergantung kepada jualan serta sewaa ‘home entertainment’ seperti Blu Ray untuk memberi pulangan kepada pihak studio.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment