Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Blade Mungkin Akan Sertai MCU Tidak Lama Lagi

Sebaik sahaja Marvel keluar dari muflis, filem pertama yang dihasilkan dan diterbitkan adalah Blade pada tahun 1998, kemudian diikuti X-Men dan Blade II pada tahun 2002. Blade adalah filem superhero pertama yang dihasilkan oleh Marvel Enterprise (Kini dikenali dengan Marvel Entertainment) dan juga filem superhero Marvel yang mendapat kutipan Box Office.

Blade adalah salah satu karakter superhero Marvel yang memiliki abiliti “vampire” serta abiliti-abiliti yang biasanya ada pada superhero seperti kekuatan melebihi manusia biasa, agiliti, speed dan kuasa menyembuh. Kalau anda pernah menonton filem Blade pasti tahu kuasa yang terdapat pada dirinya.

Seperti yang kita tahu, beberapa hakcipta karakter komik Marvel kini dipegang oleh beberapa studio seperti FOX, Marvel Studio, Sony dan Universal. Karakter Blade sebenarnya dipegang oleh Marvel Studio, tetapi tiada langsung berita mengenai karakter tersebut sama akan muncul dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) ataupun tidak.

Watak Blade dilakonkan oleh Wesley Snipes

Tetapi baru-baru ini, president Marvel Studio memberi sedikit khabar gembira kepada peminat karakter tersebut. Blade mungkin akan menyertai superhero Marvel yang lain dalam dunia MCU. Ini jawapan yang diberikan olehnya apabila ditanya mengenai masa depan karakter Vampire itu.

“We think it would be cool. Someday,” “My tenure at Marvel started 17 years ago, and there were two things that sort of launched the modern era. One was X-Men, which was the first thing that people said, “Oh, there’s life here.” But a few years before that, there was Blade. A character nobody had heard of at all, had only appeared in a few issues of Tomb of Dracula or something, turned into a big franchise. That was always a great lesson for me, where you go, ‘It doesn’t matter how well known the character is, it matters how cool the movie is.’ Which, many years later, would be the reason we do Guardians of the Galaxy, Doctor Strange. I think Blade is a legacy character now, and I think it would be fun to do something with him one day.”

Perkembangan ini dianggap menarik kerana Superhero Marvel kini sudah memiliki pelbagai latarbelakang. Ada yang dari kalangan dewa, ahli sihir dan dari angkasa, kini mereka tiada lagi karakter superhero yang datangnya dari kalangan “monster” seperti vampire.

So, apa pendapat anda mengenai Blade? wajarkah karakter tersebut bersama-sama The Avengers, Guardians of the Galaxy dan lain-lain?

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee