Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

BLACKPINK: THE MOVIE Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 15 Disember Ini

Minggu ini, peminat dijemput untuk merasai pengalaman BLACKPINK di kawasan mereka, secara eksklusif di Disney+ Hotstar dengan pelancaran BLACKPINK: THE MOVIE yang akan datang. Meraikan lima tahun sejak debut umum kumpulan itu, BLACKPINK: THE MOVIE memberikan kepada peminat pas Akses Semua Kawasan kepada dua lawatan terbaru kumpulan itu.

Dilancarkan di pawagam awal tahun ini, filem dokumentari arahan Su Yee Jung (My Life in Your Memories) dan Oh Yoon Dong (Montecristo: The Musical Live, Toy Soldiers: Fake Men 2 The Complete) itu telah pun menjadi filem dokumentari muzik dengan kutipan tertinggi pada 2021, dan akan tersedia kepada penonton di Malaysia pada hari Rabu, 15 Disember 2021.

Dicipta sebagai surat cinta kepada kelab peminat BLACKPINK – “BLINK” – BLACKPINK: THE MOVIE menampilkan wawancara eksklusif bersama ahli kumpulan – Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa – sambil mereka menceritakan beberapa kenangan kegemaran dan paling diingati sepanjang lima tahun pertama mereka.

Sepanjang dokumentari itu, peminat boleh menantikan untuk menonton cerita yang tidak pernah dilihat sebelum ini, serta klip di sebalik tabir rakaman video muzik, latihan konsert dan filem seni unik yang dicipta untuk setiap ahli kumpulan.

Menampilkan 10 persembahan secara langsung berbeza yang dirakamkan semasa lawatan “IN YOUR AREA” pada 2018 dan “THE SHOW” pada 2021, peminat akan dapat merasai tontonan yang tidak dapat dilupakan dalam keselesaan ruang tamu mereka.

BLACKPINK: THE MOVIE diumumkan pada Oktober yang lalu sebagai sebahagian daripada Pameran Kandungan APAC Syarikat Walt Disney, di mana ia melancarkan 28 tajuk APAC baharu dan rancangan hebat yang merangkumi lebih daripada 50 APAC Original menjelang 2023.

Peminat BLACKPINK tidak lama lagi akan dapat menikmati lakonan pertama Jisoo dalam drama Korea bertajuk Snowdrop – kisah mendebarkan tentang cinta terlarang antara pasangan muda- yang dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bulan ini. Selain itu juga, peminat kandungan bahasa Korea juga boleh menikmati karya asal APAC yang lain termasuk Outrun by Running Man serta Rookie Cops, Grid, Kiss Sixth Sense, dan Moving yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment