Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Widow” Tetap Tayang Dipawagam – CEO Disney

CEO Disney Bob Chapek baru-baru ini menyatakan bahawa entri terbaru Marvel, Black Widow akan dilancarkan di pawagam walaupun berhadapan dengan beberapa kelewatan disebabkan pandemik global. 

Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan Black Widow mungkin ditayangkan di Disney+ kerana situasi semasa yang masih tidak berubah, Chapek menyatakan bahawa filem ini tetap mendapat pelepasan teater pada bulan Mei tahun ini.

Melihat pada situasi pandemik, timbul tanda tanya mengenai tarikh tayangan Black Widow, adakah akan dikekalkan pada Mei atau diubah. Tambahan pula, filem tersebut tidak melepaskan sebarang trailer semasa Super Bowl tahun ini, dan masih belum mengeluarkan bahan iklan terkini sedangkan tarikh tayangannya semakin hampir. 

Black Widow akan menceritakan penggembaraan Natasha Romanoff sebelum kematiannya dalam filem Avengers: Endgame pada tahun 2018, dan kisahnya itu ditetapkan selepas peristiwa Captain America: Civil War dan sebelum Avengers: Infintiy War.

Filem akan datang turut memperkenalkan beberapa watak baru, yang penting dalam kehidupan Natasha Romanoff iaitu Red Guardian (David Harbour), Yelena Belova (Florence Pugh), dan Melina (Rachel Weisz).

Diarahkan oleh Cate Shortland dari lakonlayar yang ditulis Jac Schaeffer dan Ned Benson, Black Widow akan menemui penonton pada 7 Mei 2021. Tonton trailer disini.

Related posts

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Leave a Comment