Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Prestasi Black Widow di pasaran domestik AS pada minggu kedua sedikit merudum apabila tempatnya diambil alih oleh filem terbaru Space Jam: A New Legacy, namun filem terbaru Marvel Studios itu masih kekal ditangga pertama di pasaran antarabangsa pada minggu ini. 

Selepas menambah AS$29.9 juta dolar dari 48 pasaran (penurunan 55 peratus dari minggu sebelumnya), Black Widow kini telah mengumpul lebih AS$264 juta seluruh dunia. Disney masih belum mengumumkan kutipan di platform streaming selepas mencatatkan kutipan besar pada debut “Premier Access”, tetapi terdapat kemungkinan banyak peminat memilih untuk membayar AS$ 29.99 untuk menikmati filem tersebut di rumah. 

Black Widow masih belum mendapat tarikh tayangan di China, dan ini akan mengganggu peluangnya untuk mencatat kejayaan komersial di pasaran antarbangsa dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. 

Sementara itu, filem F9: The Fast Saga terus menunjukkan prestasi baik di pasaran antarabangsa dengan menambah AS28.6 juta pada minggu ini, menghampiri angka AS$ 600 juta. F9 kini mengumpul AS$591.2 juta seluruh dunia. 

Filem terbaru Fast & Furious itu masih belum memiliki tarikh pelepasan digital, menjadikan pawagam satu-satumya cara untuk menonton filem ini. Black Widow, sebaliknya menduduki tangga teratas di Torrent Freak, menjadikan filem yang paling banyak dicetak rompak pada minggu lalu. (perkongsian kata laluan di Disney+ juga memberi masalah pada kutipan filem).

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment