Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

BLACK WIDOW Akhirnya Ditunda

Situasi wabak yang semakin meruncing akhirnya memaksa Marvel Studios untuk menunda tarikh tayangan filem superhero terbaru Black Widow, yang sepatutnya ditayangkan 1 Mei ini. Black Widow menjadi filem terbaru Disney yang ditunda tarikh tayangan selepas  MulanThe New Mutants, dan Antlers, disebabkan pandemik Covid-19.

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland manakala skrip ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson. Filem terbaru Marvel ini dibintangi oleh Scarlett Johansson yang meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz.


Plot filem buat masa ini masih lagi tidak diketahui, tetapi filem Black Widow akan ditetapkan selepas peristiwa filem Captain America: Civil War.

Setakat tarikh terbaru Black Widow masih belum diumumkan.

 

View this post on Instagram

 

#Delay! #Inibetulbetul #covid_19 #StayHealty

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Related posts

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Leave a Comment