Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Tom Cassidy, Villain Dalam Filem Deadpool 2?

Studio Fox dilaporkan sedang memulakan casting untuk watak Supervillain dalam filem kedua Deadpool yang akan memulakan pengambarannya tidak lama lagi.

Menurut laporan Deadline, mereka telah memilih pelakon filem The Strain, Jack Kesy untuk membawakan watak utama penjahat dalam Deadpool 2.

Cuma watak yang dibawakan oleh aktor tersebut tidak lagi dedahkan kepada umum secara rasmi, tetapi khabar angin mengatakan, watak villain yang mungkin ada dalam filem Deadpool 2 ialah Black Tom, salah satu supervillain dalam komik Deadpool.

Black Tom atau nama sebenarnya Thomas Cassidy adalah mutant yang berasal dari Dublin, Ireland dan mampu menghasilkan tenaga haba melalui kayu. Black Tom boleh dikatakan musuh utama X-Men dan pernah bertarung beberapa kali dengan Deadpool dan mempunyai rakan sejenayahnya yang paling rapat iaitu Juggernaut.

Filem Deadpool 2 bakal mengembalikan muka-muka lama diantaranya Morena Baccarin sebagai Vanessa, kekasih deadpool, Leslie Uggams sebagai Blind Al, Stefan Kapicic dengan membawakan watak mutant Colossus, Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead.

Sementara itu, Josh Brolin akan membawakan watak Cable dan juga Zazie Beetz yang membawakan watak Domino.

Deadpool 2 akan memulakan pengambarannya Jun ini di Vancouver, Kanada dan tayangannya dijangka pada 1 Jun 2018.

 

Related posts

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Leave a Comment