Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black (Rock Bro) Hidap Penyakit Meningitis

Black Rock Bro

Pelakon yang popular menerusi watak Black dalam filem trilogi Rock arahan Mamat Khalid iaitu Norazmi Bahron memberitahu dia menderita penyakit meningitis (radang selaput otak).

Azmi, 40, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas pengsan pada Jun lalu sebelum mengalami angin ahmar yang menyebabkan bahagian kanan badannya lumpuh.

“Sebelum itu saya demam dan pergi ke hospital tetapi doktor kata tiada yang serius tetapi kali ketiga saya pergi saya tiba-tiba pengsan di tepi jalan ketika pulang selepas mendapatkan rawatan.

“Selepas membuat ujian barulah doktor mengesahkan saya mengalami meningitis dan strok sebelah badan akibat serangan itu,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Azmi, lumpuh yang dialami tersebut pulih secara beransur-ansur dalam masa dua minggu namun masih memberi kesan kepada kelancaran percakapan dan gengaman.

Kata Azmi lagi, penyakit berkenaan tidak mempunyai ubat khusus dan ia boleh menyerangnya tanpa memberi sebarang amaran.

“Saya sekarang seperti bom jangka yang tidak tahu bila akan meletup tetapi saya harus kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini.

“Sekarang saya bergantung kepada ubat antibiotik untuk mengelak penyakit itu menyerang saya,” ujarnya.

Sementara itu, Azmi berkata, akibat penyakitnya itu dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan dan pengarahannya memandangkan pergerakannya terbatas.

Malah kata Azmi, dia turut bersyukur apabila rakan-rakan pelakon filem Rock banyak memberi semangat dan perhatian kepadanya.

“Apabila kawan-kawan mendapat tahu keadaan saya mereka banyak membantu malah Suffi Jikan turut bermurah hati menderma wang hasil jualan minyak wangi keluarannya untuk meringankan beban saya.

“Saya masih aktif sebagai pelakon dan pengarah namun terpaksa memperlahankan karier kerana bimbang penyakit ini akan menyerang kembali,” ujarnya.

Related posts

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Leave a Comment