Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Panther: Wakanda Forever” Kutip AS$114 Juta Seluruh Dunia Pada Hari Pembukaan


Filem sekuel terbaru MCU Black Panther: Wakanda Forever menunjukkan prestasi baik pada hari pembukaan tayangannya apabila mengutip AS$114 juta di box office antarabangsa. 

Dari jumlah tersebut, sebanyak AS$84 juta diraih di pasaran domestik AS, manakala AS$30 juta dikutip di pasaran antarabangsa. 

Kutipan pasaran domestik AS yang memberangsangkan itu meletakkan Black Panther: Wakanda Forever dikedudukan ke-10 Kutipan Hari Pembukaan tertinggi, menurut Deadline

Deadline juga menjangkakan, sekuel Black Panther itu akan mengutip sekitar AS$175 juta – AS$185 juta di pasaran domestik AS menjelang hujung minggu ini, sekaligus menjadi kutipan minggu pembukaan kedua tinggi untuk tahun ini, dibelakang Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 

Dijangkakan, Black Panther: Wakanda Forever akan terus menunjukkan prestasi baik di pasaran box office dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang, lebih-lebih lagi selepas ia mendapat maklumbalas yang sangat positif dari peminat. 


Skor Awam di Rotten Tomatoes menunjukkan Black Panther 2 mendapat markah yang cukup cemerlang, iaitu 95%, sekaligus meletakkan Black Panther: Wakanda Forever sebagai judul terbaik MCU pada tahun ini. 

Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi diarahkan oleh Ryan Coogler daripada lakon layar yang ditulis olehnya bersama Joe Robert Cole.

Ia menyaksikan banyak pelakon asal kembali, termasuk Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Letitia Wright sebagai Shuri, Winston Duke sebagai M’Baku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo.

Menyertai mereka ialah pendatang baharu francais seperti Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) sebagai Namor, Michaela Coel (I May Destroy You) sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee