Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Panther Menjadi Filem Pertama Ditayangkan Di Arab Saudi Dalam Tempoh 35 Tahun.

Filem Marvel Black Panther menjadi filem pertama ditayangkan di negara Arab Saudi dalam tempoh 35 tahun apabila bakal ditayangkan di pawagam milik AMC Entertainment di Riyadh, Arab Saudi pada 18 April ini.

Arab Saudi telah lama mengharamkan pawagam sejak awal tahun 80an selepas kerajaan negara tersebut mengamalkan perundangan Islam pada tahun 1979. Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, kerajaan Arab Saudi telah menarikbalik pengharaman pawagam sebagai langkah inisiatif Putera Raja Mohammed bin Salman dalam mengubahkan sosial dan budaya negara arab itu.

Sementara itu, AMC Entertainment merancang untuk membuka 40 pawagam diseluruh negara Arab Saudi dan 100 buah pawagam menjelang tahun 2030. Arab Saudi memiliki populasi sebanyak 32 juta orang dan lebih 70% daripada terdiri pada golongan muda bawah 30 tahun.

Jumlah tersebut mampu menjadikan negara arab itu sebagai lubuk buat studio-studio perfileman antarabangsa dan pengganalisis menjangkakan negara tersebut mampu menjana lebih $1 billion keuntungan.

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee