Marvel Studio melancarkan trailer antarabangsa terbaru filem Black Panther akan datang. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.
Filem terbaru Marvel ini diarahkan oleh Ryan Coogler dan diterbitkan oleh Kevin Feige bersama-sama Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Nate Moore, Jeffrey Chernov manakala Stan Lee bertindak selaku penerbit eksekutif.
Selain Chadwick Boseman yang akan membawa watak T’Challa aka Black Panther, filem ini turut dibintangi oleh Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker serta Andy Serkis.
Sinopsis:
Selepas event Captain America: Civil War, T’Challa kembali ke negaranya yang terasing tetapi cukup maju berbanding bandar-bandar diseluruh dunia. Keupayaan T’Challa sebagai raja baru Wakanda tercabar apabila terlibat dalam konflik dengan musuhnya. Nasib Wakanda dan dunia kini bergantung pada T’Challa sebagai raja Wakanda dan Black Panther dan beliau perlu berkerjasama dengan sekutunya untuk menghapuskan musuhnya dan menyelamatkan Wakanda.
Black Panther akan mula ditayangkan pada 16 Februari 2018