Black Panther terus mencatat satu lagi rekod memberangsangkan apabila berjaya menjadi filem pertama yang kuasai carta Box Office US selama 5 minggu berturut-turut sejak tahun 2009. Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 sebelum ini pernah mencatat rekod apabila menjadi filem yang menguasai carta kutipan tiket US selama 5 minggu berturut-turut.
Selain itu juga, Black Panther dijangka akan menjadi filem Marvel paling tinggi kutipan domestik dalam tempoh masa beberapa hari ini dan seterusnya mengatasi kutiapn tiket filem The Avengers yang mengutip $623 juta. Kutipan domestik terkini filem Black Panther adalah $605 juta.
Walaupun dua filem yang paling ditunggu ditayangkan dalam beberapa minggu ini seperti A Wrinkle in Time dan Tomb Raider, kedua-dua filem berkenaan gagal mencabar penguasaan filem arahan Ryan Coogler itu yang terus mendapat perhatian penonton. Tomb Raider yang mengutip $23.5 juta minggu lalu gagal mengatasi kutipan terbaru filem superhero Marvel itu yang berjaya mengaut $27 juta.
Black Panther kini telah filem pertama 2018 yang berjaya mengutip lebih $1 billion dengan kutipan $1.182 billion mengatasi dua filem negara China iaitu Operation Red Sea yang mengutip $ 529 juta dan Detective Chinatown yang mengutip $522.4 juta.