Black Panther Catat Kutipan $387 Juta Dolar Seluruh Dunia

0
440
views

Black Panther terus mencatatkan kutipan tiket yang cukup memberangsangkan apabila berjaya mengumpul $387 juta dolar seluruh dunia dengan kutipan domestik filem berkenaan mencecah $192 juta dolar, mengatas kutipan bulan Februari yang dicatatkan oleh Deadpool  pada tahun 2016 yang mengutip $132.4 juta.

Untuk pasaran antarabangsa, Black Panther mencatatkan kutipan $169 juta dolar dengan Korea dan UK menjadi penyumbang terbesar dengan kutipan $25.3 juta dan $24.8 juta. Malaysia turut menyumbang kutipan tiket filem superhero Marvel itu dengan kutipan $4.9 juta. Black Panther dijangka akan terus menambah kutipan tiket untuk pasaran antarabangsa apabila beberapa negara seperti Russia, Vietnam, Trinidad, Peru dan Venezuela akan memulakan tayangan filem ini pada minggu hadapan diikuti Jepun yang akan menayangkan filem ini pada 1 Mac dan China pada 9 Mac 2018.

Dibintangi oleh  Chadwick Boseman, Danai Gurira, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis, Filem Black Panther yang telah memulakan ditayangkan di Malaysia pada 13 Februari yang lalu merupakan sambungan dari filem Captain America: Civil War. Ia mengisahkan cabaran T’Challa yang perlu berhadapan dengan individu yang juga merupakan musuh negaranya dan menyelamatkan dunia dari kemusnahan secara total.

Black Panther masih rancak ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem terbaru Marvel ini

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here