Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Panther Catat $25.2 Juta Hari Pertama Tayangan


Filem terbaru Marvel Black Panther mencatatkan $25.2 juta dolar pada hari pertama tayangan, mengatasi rekod kutipan hari pertama bulan Februari yang dipegang oleh filem Deadpool yang mengutip $12.7 juta dollar.

Kutipan ini juga menjadikan filem kedua Marvel yang berjaya mengutip kutipan kasar tertinggi pada hari pertama dibelakang filem Avengers: Age of Ultron yang mengutip $27.6 juta dah diatas filem Captain America: Civil War yang mengutip $25 juta dollar.

Untuk pasaran antarabangsa, Black Panther berjaya mengutip $47 juta dolar selepas 3 hari tayangannya sejak 13 Februari yang lalu.

Berikut adalah kutipan tiket filem Black Panther untuk pasaran antarabangsa:

UK ($10.1M)
Korea ($9.5M)
Taiwan ($2.4M)
France ($2.3M)
Australia ($2.3M)
Brazil ($1.9M)
Malaysia ($1.9M)
Hong Kong ($1.7M)
Thailand ($1.7M)
Indonesia ($1.6M)
Philippines ($1.4M)
Germany ($1.0M)
Singapore ($1.0M)
Lain-lain ($8.2M)


Black Panther diarahkan oleh Ryan Coogler dan dibintangi oleh  Chadwick Boseman, Danai Gurira, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis.

Filem ini telah memulakan tayangan di Malaysia pada 13 Februari yang lalu dan anda boleh baca review kami disini


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee