Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Panther 2: Michael B. Jordan Berminat Untuk Kembali Sebagai Killmonger

Dalam temuramah dengan People baru-baru ini, bintang Creed Michael B. Jordan menyatakan kemungkinan untuk kembali sebagai ‘villain’ kegemaran peminat Erik Killmonger dalam filem sekuel Black Panther akan datang. 

Jordan mengakui bahawa dia selalu terbuka untuk kembali ke dunia Black Panther sekiranya diberi peluang.

“But being in that world in a character that I loved playing, and working with [writer/director Ryan Coogler] and all that good stuff, it’s family. We created a family over there. So to be able to be in that world again is something that, I think, will always be on the table in some capacity.”

Sejak tahun lalu, khabar angin mengenai kepulangan semula Jordan dalam sekuel Black Panther telah berputar di laman-laman hiburan antarabangsa. Yang terbaru, FandomWire mendedahkan bahawa Jordan mungkin kembali dalam filem akan datang, cuma bagaimana ia kembali masih lagi tidak diketahui.

Black Panther 2 dijangka memulakan penggambarannya pada Julai ini, dan telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 8 Julai 202. Kevin Feige sebelum ini telah mengesahkan secara rasmi bahawa watak T’Challa lakonan mendiang Chadwick Boseman tidak akan diganti dengan pelakon lain. 

Berdasarkan komik Marvel Black Panther karya Stan Lee dan Jack Kirby, filem pertama diarahkan Ryan Coogler dan dibintangi mendiang Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Forest Whitaker, Danai Gurira, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, dan Andy Serkis.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating