Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Marvel Studios telah melancarkan promosi baru untuk Marvel Cinematic Universe, meraikan pengalaman menonton filem sambil juga menyoroti beberapa momen penting dalam filem sebelumnya, termasuk Avengers: Endgame. Yang menariknya, video yang boleh anda tonton di bawah, telah mendedahkan tajuk rasmi untuk dua sekuel yang dinantikan peminat, Black Panther 2 dan Captain Marvel 2.

Dijadualkan tayangan pada tahun 2022, sekuel arahan Ryan Coogler kini secara rasmi berjudul Black Panther: Wakanda Forever, manakala filem sekuel yang dibintangi Brie Larson akan bertajuk The Marvels. Kedua-dua filem tersebut dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun ini.

Berdasarkan Komik Marvel oleh Stan Lee dan Jack Kirby, Black Panther 2 sekali lagi akan diarahkan dan ditulis oleh Ryan Coogler. Butiran plot masih belum didedahkan, tetapi Kevin Feige sebelum ini telah mengesahkan bahawa watak T’Challa lakonan mendiang Chadwick Boseman tidak akan diganti dengan pelakon lain. 

Sebilangan besar pelakon dari filem pertama dijangka kembali dalam filem akan datang dengan penambahan baru iaitu Tenoch Huerta (Narcos: Mexico), yang dilaporkan bakal membawa peranan antagonis. Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan pada 8 Julai 2022.

Captain Marvel 2 menyaksikan Nia DaCosta (Candyman) mengambil alih tugas pengarahan dan penulisan lakon layar dari Anna Boden dan Ryan Fleck. Menyertai Larson dalam sekuel akan datang adalah bintang WandaVision, Teyonah Parriss sebagai Monica Rambeau dan pendatang baharu MCU, Iman Vellani sebagai Kamala Khan/Ms. Marvel, yang mana dia akan membuat debut dalam siri Disney+ Ms. Marvel pada penghujung tahun ini.

Pelakon Inggeris, Zawe Ashton (Velvet Buzzsaw) telah dipilih untuk memainkan peranan antagonis utama. Watak Aston buat masa ini masih belum didedahkan. The Marvels akan ditayangkan pada 11 November 2022.

Sementara itu, dalam video dibawah, rakaman Eternals turut didedahkan, memberikan pandangan pertama karakter utama dalam filem akan datang. Anda boleh lihat rakaman pertama Eternals pada minit ke 2:20. Eternals akan ditayangkan pada 5 November ini.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment