Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Panther 2: Babak Romantik Shuri & Namor Ada Dirakam, Tetapi Telah Dibuang Dari Filem


Namor dan Shuri telah membina hubungan antara satu sama lain dalam filem Black Panther: Wakanda Forever, namun ia bukanlah dalam bentuk hubungan romantik. 

Editor Michael P. Shawver mendedahkan sedikit cerita tentang latarbelakang kedua-dua watak itu, dimana hubungan mereka hampir kearah romantik, namun terpaksa dibuang selepas ia dilihat tidak bersesuai dengan keseluruhan jalan cerita Black Panhter 2. 

Bercakap kepada Newsweek, Shawver mengesahkan bahawa Ryan Coogler dan pasukannya telah mempertimbangkan untuk menambah “hubungan romantik yang rumit antara kedua-dua watak itu,” sebelum membatalkan idea tersebut.

Adegan romantik mereka sebenarnya telah dirakam, dan diuji dihadapan penonton semasa tayangan ujian, namun ia tidak menerima maklumbalas yang positif dari mereka. 

Menurut Shawver lagi, Namor dan Shuri mempunyai beberapa adegan intim semasa di awal penceritaan, ketika penguasa Talokan itu menceritakan asal usul kaum mereka dengan harapan ia dapat menjalin pakatan dengan Shuri dan Wakanda. 


Pasangan itu berkongsi titik persamaan yang sama sebagai “orang yang menghadapi masalah emosi” yang akan melakukan segala yang mereka mampu untuk melindungi tamadun masing-masing. 

“Jadi, apa yang kami fokuskan ialah dialog Namor di mana dia berkata ‘hanya orang yang paling hancur boleh menjadi pemimpin yang benar-benar hebat,’ dan itu menanam perasaan trauma bersama yang dia sedar pada penghujung [filem].”

Tidak dipastikan bagaimana perasaan intim antara kedua-dua musuh itu dapat meningkatkan lagi hubungan dinamik mereka, tetapi apa yang pasti, jika penonton ujian menolak adegan tersebut, mungkin mereka telah merasakan ia tidak relevan dengan keseluruhan jalan cerita Black Panther 2. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee