Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Panther 2” Akan Memulakan Penggambaran Julai Tahun Hadapan


Tahun ini dunia dikejutkan oleh kehilangan Chadwick Boseman secara tiba-tiba, dan pemergiannya itu membuat banyak orang tertanya-tanya bagaimana Marvel Studios akan menghasilkan Black Panther 2.

Kini, selepas 4 bulan kematian Boseman, pihak studio mungkin menemui cara apabila mengumumkan bahawa mereka akan memulakan penggambaran sekuel Black Panther itu pada 20 Julai tahun hadapan, lapor The Hollywood Reporter.

Penggambaran dijangka akan dilakukan di Atlanta dan akan mengambil masa selama 6 bulan. Menurut sumber, bintang Narcos Mexico, Tenoch Huerta dilaporkan sedang dalam rundingan dengan pihak studio untuk sertai Letitia Wright, Lupita Nyong’o, Winston Duke dan Angela Bassett. Dia akan memegang watak antagonis utama. 

Setakat ini tidak dipastikan siapa yang memainkan peranan Black Panther. Marvel Studios pernah menyatakan pendirian untuk tidak mahu mencari pengganti Boseman atau menggunakan pengimejan digital dalam filem akan datang. Ini bermakna, ia menguatkan lagi laporan yang menyatakan Shuri (Letitia Wright) mungkin akan mengambilalih mantel Black Panther. 

Berdasarkan dari komik Marvel karya Stan Lee dan Jack Kirby, filem pertama Black Panther diarahkan Ryan Coogler dan dibintangi mendiang Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Forest Whitaker, Danai Gurira, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, dan Andy Serkis.


Filem terdahulu bukan sahaja berjaya mendapat pencalonan di beberapa acara anugerah bertaraf global, tetapi turut menjadi inspirasi kepada golongan kulit hitam di Amerika Syarikat. 

Black Panther 2 dijadualkan tayangan pada 6 Mei 2022. 


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee