Berita

Black Manta Sah Akan Kembali Dalam Filem Aquaman 2

Views

Pelakon filem Aquaman, Yahya Abdul-Mateen II yang membawakan watak pejahat Black Manta mengesahkan bahawa karakternya itu akan kembali dalam filem kedua adiwira DC itu.

Beliau mendedahkan berita tersebut kepada tetamu yang menghadiri panel Aquaman Live II yang berlangsung di Celebrity Fan Fest 2019,San Antonio baru-baru ini.

"Black Manta is gonna come back with some strong vengeance!" kata pelakon tersebut dalam sesi panel itu.

Karakter Black Manta dikhabarkan akan kembali dalam sekuel Aquaman selepas babak 'mid credit' filem tersebut telah menunjukkan yang beliau terselamat selepas ditewaskan raja Atlantis itu.

Aquaman 2 kini dalam peringkat pembangunan dan bakal ditayangkan pada Disember 2022. Pengarah James Wan dilaporkan kembali mengarah sekuel kali ini.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares