Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Black Hawk Down Versi Malaysia, Battle of Bakara – The Lost Platoon

Sumber: www.facebook.com/rackfocusfilms
Sumber: www.facebook.com/rackfocusfilms

Pernah tengok filem Black Hawk Down? mesti ramai yang pernah menontonya dan ramai juga yang tidak berpuas hati dengan pihak produksi filem tersebut kerana gagal atau menafikan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi menyelamatkan Tentera US yang terperangkap akibat diserang pemberontak di Somalia pada 3 Oktober 1993.

Kini sebuah produksi dari Malaysia iaitu Rock Focus Film dikatakan dalam proses membikin filem dokumentari ala filemĀ Black Hawk Down tetapi dari kacamata anggota ATM (MALBATT) yang terlibat dalam misi menyelamat itu.

Filem yang bertajuk Battle of Bakara – The Lost Platoon ini dibikin oleh Ahmad Yazid Ahmad Puad dan dikatakan fasa kedua dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan.

Mereka juga baru-baru ini telah mengeluarkan teaser mengenai filem tersebut dilaman Youtube pada 2 Oktober 2015 sempena memperingat peristiwa penglibatan ATM dalam operasi menyelamat itu pada 22 tahun yang lalu.

Dalam peristiwa tersebut, sekumpulan askar US terperangkap di dalam kawasan musuh (kawasan tentera militan Somalia) selepas dua helikopter Black Hawk ditembak jatuh di Bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai Operasi UNOSOM II di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kemudian ditugaskan menyelamat kumpulan askar terbabit.

Anda boleh layari laman Facebook Rock Focus Film untuk mengentahui tentang update mengenai filem dokumentari ini

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar ā€œBoston Stranglerā€

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment