Berita

"Black Cat Masih Dalam Perancangan Sony" - Amy Pascal

Views

Sebelum ini karakter 'spider-verse' Black Cat dan Silver Sable dirancang untuk muncul dalam satu filem iaitu Silver & Black. Bagaimanapun perancangan tersebut terpaksa dibatalkan Sony, dan mengumumkan kedua-dua karakter tersebut bakal memiliki filem solo mereka sendiri.

Tetapi perancangan kedua-dua filem solo tersebut agak sepi tanpa sebarang perkembangan lanjut. Terbaru, penerbit filem Spider-Man: Far From Home, Amy Pascal memberikan sedikit info mengenai filam solo adiwira wanita Sony, terutamanya karakter Black Cat.

Menurutnya, Sony masih mempunyai perancangan untuk hasilkan filem solo 'heroin' mereka terutamanya Black Cat dan ianya masih dalam peringkat perancangan.

"We're still working on that. I think we have plans for that."

Jadi kepada peminat filem-filem Marvel Sony, selain Venom 2, adakah anda tidak sabar menantikan filem solo Black Cat? kongsikan jawapan anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks