Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Adam” Tiada Dalam Perancangan James Gunn, Dwayne Johnson Keluarkan Kenyataan


Masa depan Black Adam dalam DC Universe yang dipimpin James Gunn dan Peter Safran akhirnya terjawab apabila bintang utamanya, Dwayne Johnson mengeluarkan kenyataan rasmi di akaun Twitter rasminya hari ini. 

Bekas bintang WWE itu memberitahu peminat bahawa Black Adam tidak termasuk dalam perancangan DCU, tetapi mengesahkan kerjasama antara DC dan Seven Bucks akan diteruskan di masa hadapan. 

“Saya dan James Gunn telah bertemu, dan Black Adam tidak akan berada dalam bab pertama penceritaan mereka. Walau bagaimanapun, DC dan Seven Bucks telah bersetuju untuk terus meneroka cara paling berharga Black Adam boleh digunakan dalam bab multiverse DC akan datang,” menurut kenyataan Johnson di Twitter.

Johnson juga berterima kasih kepada peminat atas reaksi mereka terhadap Black Adam selepas berusaha keras selama 15 tahun untuk membawa karakter popular DC itu ke layar perak,

Selepas 15 tahun bekerja keras tanpa henti untuk akhirnya menghasilkan Black Adam, saya sangat berbangga dengan filem yang kami sampaikan untuk peminat di seluruh dunia. Saya akan sentiasa melihat kembali reaksi peminat terhadap Black Adam dengan rasa terima kasih, kerendahan hati dan kasih sayang yang luar biasa.”


Black Adam boleh di tonton di platfrom streaming HBO GO.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee