Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Black Adam: Dwayne Johnson Dituduh Sengaja Beri Laporan Kewangan Palsu Kepada Media


Black Adam pada awalnya dilihat mampu memberi sinar kepada DC Universe apabila ia mendapat sambutan hangat peminat pada awal tayangannya. Namun, hakikatnya “tidak ramai menonton filem adiwira lakonan Dwyane Johnson itu.”

Sehinggakini, Black Adam hanya dapat mengutip di bawah AS$400 juta, angka yang tidak cukup memberangsangkan, lebih-lebih lagi filem itu menelan belanja AS$200 juta – tidak termasuk kos promosi dan pengiklanan. 

Media melaporkan Black Adam menjadi satu lagi yang gagal pada tahun ini, mengikuti jejak langkah satu lagi filem superhero Morbius. 

Melihat media melaporkan kerugian filem lakonannya, Johnson segera memberi penjelasan di akaun Twitter, dengan berkata Black Adam tidak rugi, sebaliknya mendapat keuntungan sekitar AS$52 dan AS$72 juta, kebanyakkan dari hasil jualan barang dagangan – dan ia harus dimasukkan dalam angka keuntungan, menurut Johnson. 

Namun, tidak sampai seminggu kemudian, bekas editor The Hollywood Reporter Matt Belloni tampil dengan dakwaan yang mengejutkan. Black Adam bukan sahaja gagal membawa masuk berjuta-juta dollar untuk Warner Bros. Discovery, tetapi menurut sumber Belloi, Johnson dikatakan sengaja memberikan maklumat kewangan palsu kepada media. 


“Di tengah-tengah semua laporan mengenai kerugian Black Adam, Pasukan Dwayne Johnson bahkan mengambil pendekatan untuk memberikan laporan kepada Deadline, dan kemudian kononnya ‘tweet’ laporan tersebut,” tulis Belloni di laman Puck (melalui Looper), sambil menjelaskan bahawa Johnson tidak mengakui sebarang kebocoran laporan. 

Dakwa Belloni lagi, individu dalam Warner Bros Discovery percaya bahawa Johnson sebenarnya memberikan angka yang mengelirukan, sehingga menyebabkan media seperti Deadline mengambil angka tersebut, dan melaporkannya. 

Tidak dapat dipastikan sama ada laporan Matt Belloni itu benar ataupun tidak, tetapi sekiranya benar, ia sudah tentu memberi kesan pada hubungan antara Johnson dan Warner Bros. Discovery/DC kerana tindakannya memberi laporan kewangan palsu kepada media.

Dengan DC kini sedang menjalani rombakan besar-besaran, ia secara tidak langsung meletakkan jenama Black Adam dalam bahaya kerana pihak studio hanya mementingkan filem yang mampu mencatatkan keuntungan berbanding filem-filem yang rugi. 

Tambahan pula, The Hollywood Reporter pernah melaporkan bahawa, “Masalah kutipan filem pertama akan menjadi penghalang terbesar untuk ‘Black Adam 2’ memasuki layar perak,” dan adakah ini menjadi penyebab utama kenapa Johnson memberikan angka yang mengelirukan?


Related posts

The Rock Telah Mulakan Latihan Untuk Filem MMA ‘THE SMASHING MACHINE’

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

Kos Pembikinan The Flash Hampir AS$300 Juta

Kakimuvee