Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Black Adam” Dihentam Pengkritik, Dapat Gred ‘Busuk’ Di Rotten Tomatoes


Ulasan-ulasan Black Adam dari pengkritik filem antarabangsa mula membanjiri internet sejak semalam, dan walaupun ramai peminat berpuas hati dengan filem superhero terbaru Dwayne ‘The Rock’ Johson itu, para pengkritik nampaknya bersepakat bahawa Black Adam bukan filem yang hebat. 

Hasil semakan di beberapa laman aggregator filem, Black Adam mendapat skor yang jauh lebih rendah dari markah ‘lulus’. Di Rotten Tomatoes, filem terbaru DCEU itu terus mencatatkan penurunan peratusan rating dengan skor 54 peratus dari 81 ulasan, sekaligus diberi status ‘Rotten.’ 

Konsensus kritik menyebut, “Black Adam mungkin menunjukkan jalan ke masa depan yang menarik untuk filem DC, tetapi sebagai pengalaman tersendiri, ia adalah kekecewaan yang sangat tidak sekata”

Bagaimanapun skor dari penonton masih belum dibuka, dan kita hanya akan dapat mengentahui perbezaan kedua-dua skor itu sebaik sahaja Black Adam secara rasmi memulakan tayangannya di pawagam seluruh dunia. 

Sementara itu di Metacritic, Black Adam juga menerima reaksi bercampur-campur dari pengkritik, dengan hanya mampu mencatatkan skor 45 dari 29 kritik, manakala di CinemaScore masih belum, gred Black Adam masih belum diketahui. 


Di IMDb, jumlah pengguna yang memberi rating mereka terhadap filem Black Adam terus meningkat, mengumpul purata rating sebanyak 7.5/10.

Black Adam mungkin mendapat reaksi bercampur-campur dari pengkritik, tetapi bagi Kakimuvee, filem terbaru DCEU ini sangat menarik walaupun jalan ceritanya sangat tipikal. Ada boleh membaca ulasan yang dikeluarkan kami di sini, dan kongsikan pendapat anda tentang filem superhero terbaru Dwayne Johnson. 

Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. 

Turut membintangi filem ini adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu.

Black Adam kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan. 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee