Black Adam kini ditayangkan di pawagam, dan dikala para pengkritik tidak begitu gemar dengan bab pertama ‘era baharu’ DCEU itu – dengan memperoleh skor 41 perataus di Rotten Tomatoes – kini giliran peminat dan penonton wayang di beri peluang untuk menilai filem komik lakonan Dwayne Johnson itu.
Seperti yang anda lihat dibawah, filem adaptasi DC Comics itu telah memperoleh greb B+ di CinemaScore. Selain itu, Skor Awam di Rotten Tomatoes, dimana Black Adam mendapat skor 90 peratus, membuktikan bahawa peminat lebih menyukai filem itu berbanding pengkritik.
We were in theaters to poll @blackadammovie and audiences gave it a B+ grade. Are you catching this one this weekend? #CinemaScore pic.twitter.com/R18fgjvnoN
— CinemaScore (@CinemaScore) October 22, 2022
Gred yang diperolehi Black Adam meletakkan filem itu sebaris dengan beberapa filem adaptasi komik yang lain.
Justice League, Suicide Squad, dan Wonder Woman 1984 semuanya diberi skor B+, tetapi mendapat reaksi negatif pengkritik. Bagaimanapun, filem seperti Harley Quinn: Birds of Prey, The Suicide Squad, dan Joker diberi gred yang sama, tetapi menerima ulasan positif.
Jika dibanding dengan filem-filem Marvel, Black Adam menerima skor yang sama dengan Venom, Thor dan Spider-Man 3.
Dwayne Johnson mengatakan Black Adam adalah filem pertama dalam ‘era baharu’ DCEU, dan nampaknya permulaan baik, sekurang-kurangnya dari mata peminat, mungkin membolehkan Warner Bros. Discovery terus merencanakan pelan baharu mereka untu francais superhero DC. Adakah ia akan berjaya dan berdaya saing dengan MCU?, kita tunggu dan lihat. Sementara itu, anda boleh membaca ulasan kami mengenai Black Adam disini.