Black Adam Akan Bermula Sebagai “Villain” Dalam Filem Solonya Nanti

4443
views

Tidak banyak perkembangan mengenai filem solo terbaru DC, Black Adam memandangkan ia masih diperingkat awal pembangunan. Setakat ini, apa yang kita ketahui, Jaume Collet-Serra diberi tanggungjawab mengarahkan filem ini manakala pelakon terkenal, Dwayne “The Rock” Johnson akan membawa peranan utama sebagai Black Adam.

Dalam temubual sempena mempromosikan filem Hobbs & Shaw, “The Rock” memberi sedikit gambaran mengenai bagaimana perjalanan filem Black Adam. Menurutnya, karakter lakonannya itu akan bermula sebagai ‘villain’ dan kemudian akan berubah menjadi ‘anti-hero’ sepertimana karakternya dalam versi komik.

“Black Adam, how he starts, he starts off as a villain,”. “Then, he becomes an anti-hero. And then he might become a hero or he might not.” 

Dalam filem Shazam! yang lalu, sorang ahli sihir telah menceritakan kepada Billy Batson bagaimana seorang pahlawan pilihan mereka berubah menjadi jahat disebabkan kemaruk kuasa. Mungkin dalam filem akan datang, ahli sihir yang dimaksudkan adalah Black Adam dan penonton mungkin dapat melihat kejahatannya disebabkan kuasa. Apapun kita nantikan filem ini yang bakal ditayangkan kelak.

Black Adam mula diperkenalkan dalam komik DC, The Marvel Family #1 pada Disember 1945. Karakter tersebut dianggap sebagai musuh ketat kepada adiwira Shazam. Diawal penciptaan karakter tersebut, Black Adam merupakan putera Mesir dan mula menjadi korup disebabkan penyalahgunaan kuasa magik yang ada pada dirinya. Namun dalam dunia baru komik DC, karakter ini dianggap sebagai anti-hero.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here