Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

BIRDS OF PREY Sasar $52 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan, TV Spot Terbaru Turut Dilancarkan

Filem adaptasi komik DC terbitan Warner Bros. Birds of Prey (And the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn) mensasarkan kutipan diantara $49 juta dan $55 juta pada minggu pembukaan, sebaik sahaja ia ditayangkan dipawagam pada 7 February ini.

Walaupun jangkaan kutipan tidak begitu besar jika dibandingkan dengan filem-filem blockbuster superhero, tetapi sebagai sebuah filem ‘r-rated’ dengan kos pembikinan sebanyak $97.1 juta (tidak termasuk kos promosi dan pengedaran), ia masih lagi boleh diterima.

Sementara itu, TV Spot terbaru turut dilancarkan sempena mempromosikan filem akan datang. Anda boleh saksikannya menerusi perkongsian dibawah.

Birds of Prey diarahkan oleh Cathy Yan, menjadikan dia pengarah wanita Asia pertama mengarahkan filem Superhero. Skrip filem disediakan oleh Christina Hodson.

Margot Robbie meneruskan wataknya dari filem Suicide Squad sebagai Harley Quinn. Dia disertai Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Selepas berpisah dengan Joker, Harley Quinn mula mengumpul ahli-ahlinya yang terdiri daripada Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam usaha mereka untuk melindungi seorang gadis, Cassandra Cain yang diburu penjenayah yang menakutkan dikenali sebagai Black Mask.

Birds of Prey akan menemui penonton pada 7 Februari 2020.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment