Berita

BIRDS OF PREY Gagal Capai Sasaran Walaupun Kuasai Carta Box Office AS

Views

Meskipun Joker mencipta kejayaan pada Anugerah Oscar yang berlangsung hari ini, keceriaan dunia sinematik DC terbantut seketika apabila filem terbaru Warner Bros. / DC, Birds of Prey gagal mencapai sasaran kutipan apabila hanya mampu meraih $33.2 juta dolar pada minggu pembukaan.

Kutipan tersebut jauh lebih rendah dari yang disasarkan iaitu diantara $45-$55 juta dolar. Walaupun mendapat respon positif dari pengkritik dan peminat dengan peratusan rating sebanyak 81% di laman Rotten Tomatoes dan markah B+ dilaman CinemaScore, filem yang diterajui Margot Robbie itu gagal menarik minat penonton secara keseluruhannya.

Lebih mengecewakan, filem Suicide Squad yang ditayangkan pada 2016 jauh lebih kutipan minggu pembukaannya iaitu sebanyak $133 juta dolar. Untuk pasaran antarabangsa, Birds of Prey meraih $48 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $81.2 juta dolar seluruh dunia. Minggu kedua Birds of Prey pasti mencabar apabila terpaksa bersaing dengan beberapa filem baru seperti Sonic the Hedgehog, Fantasy Island dan The Photograph.

Filem terbaru Sony, Bad Boys For Life menambah kutipan tiket iaitu sebanyak $12 juta dolar pada minggu lalu. Filem lakonan Will Smith dan Martin Lawrence ini telah mengumpul $336.3 juta dolar seluruh dunia.

BACA:  Samuel L. Jackson Percaya Mace Windu Terselamat Dalam Filem REVENGE OF THE SITH

Sementara itu, dua filem terbaru terbitan Universal Pictures iaitu 1917 dan Dolittle mencatatkan penambahan kutipan tiket. Filem arahan Sam Mendes 1917 mungkin gagal meraih Filem Terbaik Oscars, tetapi terus mencatatkan kutipan memberangsangkan apabila menambah $9 juta dolar pada minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $287.3 juta dolar seluruh dunia. Manakala Dolittle turut menambah kutipan tiket dengan jumlah terkumpul kini sebanyak $158.6 juta dolar seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

shares