Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

John Wick 4 tambah satu lagi pelakon yang cukup menarik!

Selepas muncul dalam dua filem berprofil tinggi, Mortal Kombat terbitan Warner Bros. Pictures, dan filem terbaru Netflix, Army of the Dead, pelakon Jepun Hiroyuki Sanada telah ditawarkan satu lagi projek besar dari Lionsgate, untuk muncul dalam filem aksi popular John Wick: Chapter 4. 

Menurut Collider, pelakon berusia 60 itu secara rasmi menandatangani perjanjian untuk bawa peranan penting disamping Keanu Reeves dalam entri keempat francais John Wick. Butiran lanjut mengenai karakternya masih belum diketahui, tetapi menurut sumber, dia akan membawa watak bernama Watanabe. 

Setelah sekian lama mengagumi Hiroyuki sebagai pelakon dan pelakon aksi, saya sangat gembira dan berbesar hati menyambutnya menyertai keluarga John Wick,” kata Stahelski dalam satu kenyataan.

John Wick: Chapter 4 segera diumumkan dua tahun yang lalu, selepas filem ketiga, John Wick: Chapter 3 – Parabellum mencipta rekod kutipan pembukaan tertinggi bagi francais John Wick dan berjaya mengutip lebih $300 juta dolar seluruh dunia.

Ansuran keempat akan menyaksikan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuhan yang sukar untuk dikalahkan. Kali terakhir wataknya dilihat adalah semasa di melarikan diri dan mengalami kecederaan parah selepas di dikhianati Winston lakonan Ian McShane.. 

Chad Stahelski kembali sebagai pengarah manakala lakon layar ditulis oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih francais dari pencipta John Wick, Derek Kolstad.

John Wick: Chapter 4 diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Stahelski dengan Reeves dan Louise Rosner berkhdimat sebagai penerbit eksekutif. Penggambaran dijangka bermula pada musim panas ini di Perancis, Jerman dan Jepun. Filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 27 Mei 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment