Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintangi Descendants, Dove Cameron Mahu Sertai MCU Sebagai Gwen Stacy


Spider-Man telah pun memiliki dua filem solo dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan telah muncul dalam beberapa filem ‘crossovers’, namun beberapa watak penting yang sering dikaitkan dengan karakter Peter Parker / Spider-Man masih belum diperkenalkan dalam MCU.

Antara karakter yang masih belum diperkenalkan adalah Gwen Stacy / Spider-Gwen, kekasih pertama Peter Parker dalam komik Marvel. Walaupun setakat ini masih belum tiada ura-ura untuk memperkenalkan Gwen Stacy dalam MCU, seorang pelakon muda telah menyuarakan hasrat untuk membawakan watak tersebut.

Pelakon yang dimaksudkan adalah Dove Cameron, bintang rancangan televisyen Descendants dan Marvel Rising.

Ketika temubual sempena mempromosikan rancangan TV Descendants 3, Cameron memberitahu kepada pengacara bahawa dia ingin membawa watak sebagai Gwen Stacy versi ‘live action’ dalam MCU.

“I would love to play Gwen Stacy. I would love to play Spider-Gwen, or Ghost Spider, or whatever kind of incarnation they’re going to make her into.”


Gwen Stacy bukanlah karakter yang asing buat bintang Disney itu kerana dia merupakan pelakon suara untuk watak adiwira Spider-Gwen dalam siri animasi Disney XD, Marvel Rising. 

Cameron juga mengakui bahawa dia kagum dan menghormati Emma Stone yang merupakan pelakon watak Gwen Stacy dalam filem The Amazing Spider-Man sebelum ini.

“I think that she’s such a great character. I mean, I love Emma Stone in the last incarnation of Gwen Stacy, but I was really honoured when they asked me to voice her and I would love a chance to audition.”

Selain Emma Stone dan Dove Cameron, seorang lagi pelakon pernah membawa watak sebagai Gwen Stacy, iaitu Hailee Steinfeld menerusi filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse. 

Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda rasa Dove Cameron sesuai sebagai Spider-Gwen versi live-action? ataupun ada pelakon lain yang lebih layak? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee